Followers

Search This Blog

Showing posts with label bunga telur. Show all posts
Showing posts with label bunga telur. Show all posts

Bunga Pahar d' Riyadh


2 minggu lepas dapat panggilan dari member minta tolong buatkan bunga telur untuk 26 April 2012.
Member kat sini belajar agama kat Dar udh Dhikr dan dorang ada buat International Day pameran kebudayaan masing2. Member mewakili Malaysia dan perlukan barang kebudaan dan salah satunya Bunga Telur & sirih Junjung.
Pikir punye pikir tengok dalam bilik ART aku berlambak reben yg guna masa adik aku kawin. Boleh ajelaa. Inilah hasilnya...bunga telur/ pahar di Riyadh ....

PINK & GREEN bunga telur.....


Bunga telur yg kedua ciptaan dari aku di Riyadh. Mungkin design dah lama tapi aku tertarik ngan bentuk dan mainan warna yg aku pilih. Dah duduk kat luar negara macam nilaa, tak tau perkembangan terkini bab2 kawin...tau-tau adik citer bunga telur kawan dia ada yg letak bear....ada letak LOVE....ada letak cokelat.....dan macam2.
Yang pasti aku puas hati dengan hasil SENI tangan yg aku buat....100% aku buat dan cipta sendiri dari kain felt khas buat adik aku yg akan melangsungkan perkahwinannya pd 24 September 2011!!!

Bunga Telur

BUNGA TELUR dari kain felt

SALAM SEMUA....

Minggu ni sibuk nak menyiapkan kuntuman bunga dari kain felt tuk nak buat bunga telur khas buat adik aku yang nak kawin tahun ni....Ini adalah rekaan terbaru dari aku dan sangat-sangat menarik untuk membuatnya.

Emmm bunga telur kain felt!!! kenapa aku buat guna kain felt aaa???
Sebelum aku decide nak buat bunga telur dari kain felt, aku dah serch banyak kali kat tenet ni pasal bunga telur dan design terkini....tapi yang aku jumpa adala bunga telur stokin, bunga telur dip dan yg biasa2 punye.
Jenuh jugak aku mencari kerja kawin kat ternet ni dan banyak bunga telur yang aku tak bekenan dan tak pandai nak membuatnya serta bahan2 nak membuatnya sukar aku nak dapat kat Riyad, Saudi....

Tetiba aku dapat idea buat dari KAIN FELT...aku nak cipta sesuatu yg lain dan nak buat hasil dari kerja tangan aku sendiri dan terhasilaa bunga dari kain felt. Sebabnya seni kerja tangan aku semua dari kain felt, jadi aku terfikir apa benda yg boleh dibuat dari kain felt. Inilaa hasilnya selepas beberapa kali aku menukar rupa dan bentuk bunga dan aku sangat-sangat berpuas hati!!! 




pink dan purple....

kuntuman bunga yg dicantum .....cantek tak!!!

BUNGA TELUR kain felt