Followers

Search This Blog

KOREAN HAIRBAND STYLE


Bunga Pahar d' Riyadh


2 minggu lepas dapat panggilan dari member minta tolong buatkan bunga telur untuk 26 April 2012.
Member kat sini belajar agama kat Dar udh Dhikr dan dorang ada buat International Day pameran kebudayaan masing2. Member mewakili Malaysia dan perlukan barang kebudaan dan salah satunya Bunga Telur & sirih Junjung.
Pikir punye pikir tengok dalam bilik ART aku berlambak reben yg guna masa adik aku kawin. Boleh ajelaa. Inilah hasilnya...bunga telur/ pahar di Riyadh ....

New Design Coming In


New Design & New flower for hairband.....
Baru sangat-sangat  buat atas permintaan jiran-jiran aku kat  sini
Korang berminat tak!!!





Hair Clip....My New project




Felt, ribbon, lace and hair clip....look very cute

Big Flower headband



My new design headband....Korea girl in da house


New Design Abaya from Riyadh, Arab Saudi
Interested...visit Facebook Abaya D' Riyadh or pm or inbox email whatzzup_e@yahoo.com


My design and my new collection of Abaya!!!

Abaya biasa dikaitkan dengan orang Arab dan merupakan pakaian rasmi bila kita berada dikhalayak awam. Abaya mesti berwarna hitam hanya dibezakan dengan corak atau design dibahagian-bahagian tertentu.

Untuk kelainan, saya telah jadikan Abaya mengikut citarasa orang Malaysia dan senang dan selesa bila dipakai. Abaya ini jenis sarung dan menggunakan 2 jenis kain berbeza, kain fursan (iaitu kain abaya berwarna hitam) dan kain bercorak bagi menampakan elegan dan bergaya bila dipakai.

Bagi anda yg berminat dan ingin memiliki Abaya ini, boleh terus menenpah dari saya hanya dengan memberi ukuran badan, dada dan tinggi sahaja. Penghantaran POS dari Saudi akan terus ke rumah anda....

 RM290 sahaja!!!
(5 orang yg pertama menempah ABAYA akan mendapat penghantaran POS percuma dari Riyadh.
Tawaran sehingga 31 Disember 2011)


Selesa dan yakin bila dipakai.... Special design oleh saya untuk anda!!!


Sama seperti Abaya bezanya ikut citarasa dan keselesaan budaya Malaysia!!!

Headband/ Cekak Rambut


 Selepas habis projek bunga telur, aku dapat ilham buat benda ni pulak. Niat dihati nak biz benda ni kat Riyadh, tapi tengoklaa dulu kalau ada permintaan yg menggalakan yee. Korang kat Malaysia kalau nak oder, boleh ajee!!!

Headband yg ke 3 aku buat dan kombinasi warna pun sangat menarik. Suka sangat dengan hasil seni yg aku buat.
Harap Syirah dan Zulaika anak jiran aku kat sebelah menyukainya 


my new assignment selepas balik dari cuti-cuti Malaysia



4 Beradik anak-anak Pak Hashim


Mood balik Malaysia masih belum hilang lagi.....Nak buat Seni pon tak de mood....
Ni laa adik aku Helna Hashim yg baru berkahwin dan bunga-bunga telur yg aku buat khas untuk majlis perkahwinannya. Dalam gambar ni adik beradik aku yg berjumlah 4 orang semuanya....

PINK & GREEN bunga telur.....


Bunga telur yg kedua ciptaan dari aku di Riyadh. Mungkin design dah lama tapi aku tertarik ngan bentuk dan mainan warna yg aku pilih. Dah duduk kat luar negara macam nilaa, tak tau perkembangan terkini bab2 kawin...tau-tau adik citer bunga telur kawan dia ada yg letak bear....ada letak LOVE....ada letak cokelat.....dan macam2.
Yang pasti aku puas hati dengan hasil SENI tangan yg aku buat....100% aku buat dan cipta sendiri dari kain felt khas buat adik aku yg akan melangsungkan perkahwinannya pd 24 September 2011!!!

Bunga Telur

Pencil Case

New item ...specel made for Nurin (anak kawan yg nak balik for good)
Pikir punye pikir apa barang yg boleh dibuat dalam masa sehari....terciptala case ni. 
Berjaya juga kerjatangan aku yg terbaru  ni.


UNTUK AMEERA daripada mama....

Akhirnya dapat aku siapkan SLING BAG  untuk anakku Ameera Adlina. Mama asyik sibuk siapkan orang punye aje, Meera pun nak jugak...katanya.

Pemilihan coler aku yg pilih dan design pd bag adalah yg terkini. Nak lari sikit daripada color pink. Asyik -asyik pink....girl aje mesti pink!!! BOSAN....

Inilaa hasilnya dan bolehlaa aku tutup kedai  buat bag buat sementara waktu. Nak tumpukan pd bunga telur pulak. TUNGGU HASIL SENI d' RIYAD yg terbaru dari aku ok.....



DAH ADA TEMPAHAN.....

Seni aku mendapat perhatian member kat sini. Katanya cute & ada nama pulak tu. Alang-alang dia nak balik bercuti Malaysia, dia nak tempah tuk anak-anak dia. Alhamdulillah sempat aku menyiapkan sebelum dia balik....Nilaa tempahan yg diminta oleh Azrika, 2 Sling bag untuk anak daranya...

Kata Azrika, coler dia tak kesah. Pilihan coler oleh aku dan seninya semua dari aku dan inilah hasilnya. Satu untuk Alya dan satu untuk Aima. Bag ni muat tuk isi buku nota dan segala macam benda.


Hopefuly Alya dan Aima suka dan puas hati dengan hasil kerja Seni aku ini....TERIMA KASIH IKA!!!




my lovely COSMO BAG.....

my lovely Cosmo bag....bukan aku yg buat laa!!! 
Saje iklan sekejap kat BLOG ni maklumlaa masih mood baru balik cuti-cuti MALAYSIA.
COSMO BAG ni aku dah lama ngidam sebabnya design dan saiznya besar. Sesuai tuk aku nak sumbat segala jenis barang kat dalam ni dan untuk aku yang selalu  travel.
Sebelum aku balik Malaysia, aku jalan-jalan window shoping kat blog-blog dan terpikat kat blog Rozi's Needlework
Masuk aje blog ni, aku pun tengok2 apa barang yg menarik sangat dan rupanya barang2 kat sini dijahit dengan cantik dan teliti sangat dan hasil kerja memang berseni membuatkan aku jatuh cinta tuk nak tengok dan aku sebenarnya memang berminat dengan seni jahitan.
Satu per satu aku tengok dan aku tertarik pada My first Amy Butler Bag-Cosmo Bag. Memang aku nak sangat cari bag macam ni dan nak sangat beli bag besar ni.
Apa lagi aku terus cari email dan aku emailkan pada kak Rozi samaada bag ni boleh dioder atau tak. Alhamdulillah tempahan aku diterima!!!
TERIMA KASIH KAK ROZI dari Rozi's Needlewoork.....


Aku dengan COSMO BAG yang ditempah khas dari Rozi's Needlework

COSMO BAG yg berisi kain baju aku bawak naik kapal terbang ke Riyadh!







COIN PURSE- my new assignment

Ni purse duit syiling aku...pagi tadi baru buat.  Tetiba pulak datang idea nak buat benda ni pasal duit syiling penuh kat purse aku. Cara membuatnya aku ikut kat sini

BUNGA TELUR dari kain felt

SALAM SEMUA....

Minggu ni sibuk nak menyiapkan kuntuman bunga dari kain felt tuk nak buat bunga telur khas buat adik aku yang nak kawin tahun ni....Ini adalah rekaan terbaru dari aku dan sangat-sangat menarik untuk membuatnya.

Emmm bunga telur kain felt!!! kenapa aku buat guna kain felt aaa???
Sebelum aku decide nak buat bunga telur dari kain felt, aku dah serch banyak kali kat tenet ni pasal bunga telur dan design terkini....tapi yang aku jumpa adala bunga telur stokin, bunga telur dip dan yg biasa2 punye.
Jenuh jugak aku mencari kerja kawin kat ternet ni dan banyak bunga telur yang aku tak bekenan dan tak pandai nak membuatnya serta bahan2 nak membuatnya sukar aku nak dapat kat Riyad, Saudi....

Tetiba aku dapat idea buat dari KAIN FELT...aku nak cipta sesuatu yg lain dan nak buat hasil dari kerja tangan aku sendiri dan terhasilaa bunga dari kain felt. Sebabnya seni kerja tangan aku semua dari kain felt, jadi aku terfikir apa benda yg boleh dibuat dari kain felt. Inilaa hasilnya selepas beberapa kali aku menukar rupa dan bentuk bunga dan aku sangat-sangat berpuas hati!!! 




pink dan purple....

kuntuman bunga yg dicantum .....cantek tak!!!