Followers

Search This Blog

Big Flower headband



My new design headband....Korea girl in da house


New Design Abaya from Riyadh, Arab Saudi
Interested...visit Facebook Abaya D' Riyadh or pm or inbox email whatzzup_e@yahoo.com


My design and my new collection of Abaya!!!

Abaya biasa dikaitkan dengan orang Arab dan merupakan pakaian rasmi bila kita berada dikhalayak awam. Abaya mesti berwarna hitam hanya dibezakan dengan corak atau design dibahagian-bahagian tertentu.

Untuk kelainan, saya telah jadikan Abaya mengikut citarasa orang Malaysia dan senang dan selesa bila dipakai. Abaya ini jenis sarung dan menggunakan 2 jenis kain berbeza, kain fursan (iaitu kain abaya berwarna hitam) dan kain bercorak bagi menampakan elegan dan bergaya bila dipakai.

Bagi anda yg berminat dan ingin memiliki Abaya ini, boleh terus menenpah dari saya hanya dengan memberi ukuran badan, dada dan tinggi sahaja. Penghantaran POS dari Saudi akan terus ke rumah anda....

 RM290 sahaja!!!
(5 orang yg pertama menempah ABAYA akan mendapat penghantaran POS percuma dari Riyadh.
Tawaran sehingga 31 Disember 2011)


Selesa dan yakin bila dipakai.... Special design oleh saya untuk anda!!!


Sama seperti Abaya bezanya ikut citarasa dan keselesaan budaya Malaysia!!!

Headband/ Cekak Rambut


 Selepas habis projek bunga telur, aku dapat ilham buat benda ni pulak. Niat dihati nak biz benda ni kat Riyadh, tapi tengoklaa dulu kalau ada permintaan yg menggalakan yee. Korang kat Malaysia kalau nak oder, boleh ajee!!!

Headband yg ke 3 aku buat dan kombinasi warna pun sangat menarik. Suka sangat dengan hasil seni yg aku buat.
Harap Syirah dan Zulaika anak jiran aku kat sebelah menyukainya 


my new assignment selepas balik dari cuti-cuti Malaysia



4 Beradik anak-anak Pak Hashim


Mood balik Malaysia masih belum hilang lagi.....Nak buat Seni pon tak de mood....
Ni laa adik aku Helna Hashim yg baru berkahwin dan bunga-bunga telur yg aku buat khas untuk majlis perkahwinannya. Dalam gambar ni adik beradik aku yg berjumlah 4 orang semuanya....

PINK & GREEN bunga telur.....


Bunga telur yg kedua ciptaan dari aku di Riyadh. Mungkin design dah lama tapi aku tertarik ngan bentuk dan mainan warna yg aku pilih. Dah duduk kat luar negara macam nilaa, tak tau perkembangan terkini bab2 kawin...tau-tau adik citer bunga telur kawan dia ada yg letak bear....ada letak LOVE....ada letak cokelat.....dan macam2.
Yang pasti aku puas hati dengan hasil SENI tangan yg aku buat....100% aku buat dan cipta sendiri dari kain felt khas buat adik aku yg akan melangsungkan perkahwinannya pd 24 September 2011!!!

Bunga Telur

Pencil Case

New item ...specel made for Nurin (anak kawan yg nak balik for good)
Pikir punye pikir apa barang yg boleh dibuat dalam masa sehari....terciptala case ni. 
Berjaya juga kerjatangan aku yg terbaru  ni.


UNTUK AMEERA daripada mama....

Akhirnya dapat aku siapkan SLING BAG  untuk anakku Ameera Adlina. Mama asyik sibuk siapkan orang punye aje, Meera pun nak jugak...katanya.

Pemilihan coler aku yg pilih dan design pd bag adalah yg terkini. Nak lari sikit daripada color pink. Asyik -asyik pink....girl aje mesti pink!!! BOSAN....

Inilaa hasilnya dan bolehlaa aku tutup kedai  buat bag buat sementara waktu. Nak tumpukan pd bunga telur pulak. TUNGGU HASIL SENI d' RIYAD yg terbaru dari aku ok.....



DAH ADA TEMPAHAN.....

Seni aku mendapat perhatian member kat sini. Katanya cute & ada nama pulak tu. Alang-alang dia nak balik bercuti Malaysia, dia nak tempah tuk anak-anak dia. Alhamdulillah sempat aku menyiapkan sebelum dia balik....Nilaa tempahan yg diminta oleh Azrika, 2 Sling bag untuk anak daranya...

Kata Azrika, coler dia tak kesah. Pilihan coler oleh aku dan seninya semua dari aku dan inilah hasilnya. Satu untuk Alya dan satu untuk Aima. Bag ni muat tuk isi buku nota dan segala macam benda.


Hopefuly Alya dan Aima suka dan puas hati dengan hasil kerja Seni aku ini....TERIMA KASIH IKA!!!




my lovely COSMO BAG.....

my lovely Cosmo bag....bukan aku yg buat laa!!! 
Saje iklan sekejap kat BLOG ni maklumlaa masih mood baru balik cuti-cuti MALAYSIA.
COSMO BAG ni aku dah lama ngidam sebabnya design dan saiznya besar. Sesuai tuk aku nak sumbat segala jenis barang kat dalam ni dan untuk aku yang selalu  travel.
Sebelum aku balik Malaysia, aku jalan-jalan window shoping kat blog-blog dan terpikat kat blog Rozi's Needlework
Masuk aje blog ni, aku pun tengok2 apa barang yg menarik sangat dan rupanya barang2 kat sini dijahit dengan cantik dan teliti sangat dan hasil kerja memang berseni membuatkan aku jatuh cinta tuk nak tengok dan aku sebenarnya memang berminat dengan seni jahitan.
Satu per satu aku tengok dan aku tertarik pada My first Amy Butler Bag-Cosmo Bag. Memang aku nak sangat cari bag macam ni dan nak sangat beli bag besar ni.
Apa lagi aku terus cari email dan aku emailkan pada kak Rozi samaada bag ni boleh dioder atau tak. Alhamdulillah tempahan aku diterima!!!
TERIMA KASIH KAK ROZI dari Rozi's Needlewoork.....


Aku dengan COSMO BAG yang ditempah khas dari Rozi's Needlework

COSMO BAG yg berisi kain baju aku bawak naik kapal terbang ke Riyadh!







COIN PURSE- my new assignment

Ni purse duit syiling aku...pagi tadi baru buat.  Tetiba pulak datang idea nak buat benda ni pasal duit syiling penuh kat purse aku. Cara membuatnya aku ikut kat sini

BUNGA TELUR dari kain felt

SALAM SEMUA....

Minggu ni sibuk nak menyiapkan kuntuman bunga dari kain felt tuk nak buat bunga telur khas buat adik aku yang nak kawin tahun ni....Ini adalah rekaan terbaru dari aku dan sangat-sangat menarik untuk membuatnya.

Emmm bunga telur kain felt!!! kenapa aku buat guna kain felt aaa???
Sebelum aku decide nak buat bunga telur dari kain felt, aku dah serch banyak kali kat tenet ni pasal bunga telur dan design terkini....tapi yang aku jumpa adala bunga telur stokin, bunga telur dip dan yg biasa2 punye.
Jenuh jugak aku mencari kerja kawin kat ternet ni dan banyak bunga telur yang aku tak bekenan dan tak pandai nak membuatnya serta bahan2 nak membuatnya sukar aku nak dapat kat Riyad, Saudi....

Tetiba aku dapat idea buat dari KAIN FELT...aku nak cipta sesuatu yg lain dan nak buat hasil dari kerja tangan aku sendiri dan terhasilaa bunga dari kain felt. Sebabnya seni kerja tangan aku semua dari kain felt, jadi aku terfikir apa benda yg boleh dibuat dari kain felt. Inilaa hasilnya selepas beberapa kali aku menukar rupa dan bentuk bunga dan aku sangat-sangat berpuas hati!!! 




pink dan purple....

kuntuman bunga yg dicantum .....cantek tak!!!

HeLlO Kitty PILLOW....

My new assignment... siap pada 10 Feb 2010 kul 5 petang!!! 4 hari nak siapkan (kalau Mr. Hadif tak kacau). Pillow ni khas aku buat tuk dihadiahkan pada KAK WAN FARISHAH (chikiwawa Tim) yang pulang selamanya ke Malaysia. Dia peminay HELLO KITTY!!!

Gambar yang diambil kat profile kak Wan!!!

 
Inilaa hasilnya....jahitan tangan yee

 
My second pillow.....

dan masa untuk kemas rumahlaa pulak!!! Nak tunggu next assignment pulak dan apa idea yang akan aku dapat nanti...TUNGGU yee!!!

LOVE Key Chain....

Buat tengah malam masa suami dan anak-anak tengah tidor. Pukul 4.30 pagi dah siap dan inilaa hasilnya!!!
Nak bagi kat anak aku Ameera tuk di bawak ke sekolah, kalau ada member dia bekenan boleh oder kat aku...hahahaaaa


BANTAL

Kerja SeNi aku yang terbaru dan yang paling mencabar sekali. Masa yang diambil untuk aku menyiapkan bantal ni adalah 1 hari sahaja... punye xcited nak siapkan dan nak sangat bagi hadiah besday.
Oh lupa nak bagi tau, bantal ni aku buat untuk diberi pada budak lelaki, kawan Ameera bernama Arif.




My second SLING BAG

Idea SENI datang lagi....tapi masih SENI SLING BAG!!!
SLING BAG ni aku buat khas untuk besday gurl kat sebelah rumah aku, kawan Ameera, Syirah yang besdaynya pada 19 Januari 2011.
SLING BAG ni aku perbaiki dari segi design, jahitan tali dan melapik kain dibahagian dalam supaya nampak berat dan selesa...setakat ni aku puas hatilaa (walaupun berguru sendiri-sendiri)

Semua jahitan kat SLING BAG ni aku jahit tangan. Mesin jahit tak ada....sebab tak tau guna ( tapi InsyaAllah akan beli untuk memudahkan kerja jahitan aku)






SLING BAG

Seni felt kraf yang terbaru dari aku!!!
Idea datang pagi tadi masa aku tengah lipat kain.
Apa hadiah nak bagi pada kawan aku yg akan balik Malaysia (for good) emm nak bagi abaya atau jubah atau apa ekk!!!...
sekali datang pulak idea nak bagi hadia pada anak dia ajelaa (asyik mak je yg dapat hadiah bila nak berpisah..kan!!!)
So datanglaa idea nak buat SLING BAG dengan menggunakan kain felt

INILAA HASILNYA...masih perlu diperbaiki!!!